Kejayaan ini tidak seperti segelintir teman lain bak kata Muhammad Hanis“ Stakat itu sahaja usaha kamu, itulah apa yang kamu dapat, x payah bersedih” kalau menanam pokok, di semai, di baja, di jaga dapat la hasil buah yang masak ranum, kalau ikut dan saja hasil pun macam tu la juga. (dan – bahasa perak, cukup makan). Alhamdulillah apa yang aku dapat membuahkan keyakinan sedikit untuk di masa hadapan. InsyALLAH. Berkat doa yang tidak pernah lupus mentarbiahkan diri menjadi insan berguna sebagai Hamba, anak, & teman seperjuangan, tanggungjawab itu perlu di galas. Ilmu & ibadah perlu seiring sejalan.
Apa pun ikhtiar yang dibuat untuk menimba ilmu ini keyakinan perlu ada, setiap apa yang dipelajari ikhlas semata-mata kerana ALLAH S.W.T ini juga aku pelajari daripada teman baikku Mohd Ali (Arlee Salimin), untuk memperkatakan sudah terlambat untuk keihklasan itu sebab semua sudah berlaku, ya betul dan sesalan itu ada Cuma bukan berbentuk kufur (tidak mensyukuri nikmat ALLAH S.W.T) tapi dimensi bayangan semalam sahaja. Di masa depan dijadikan pengajaran.